Thursday, August 27, 2009

Majlis Perpisahan Fatin, Fadly dan Sumazlin

Tetiba aku rasa nak post entryni walaupun dah agak lama berlalu...... Fatin, Fadly dan Sumazlin merupakan rakan seopis aku yg baik. Fatin merupakan rakan sebelah meja....Fadly Ketua Kursus SPE dan Su plak Ketua Kursus SET. Masani aku tgh ngandungkan Afiq so...nampaklah besar sikit dari org lain...by the way patutnya aku & familypun mintak pindah time tu sama2 dgn depa 3 org sbb timetu ramai yg dapat berpindah...almost semua...yang paling suka nak pindah Su lah...sbb baru jer 4 thn tinggal kat Sarawak. Fatin dan 8 tahun, Fadly plak 7 tahun...Majlis di buat di Grand Malay Restorand....

Bergambar bersama rakan - rakan yang diraikan....huk...huk...huk...cam nak nangis...yer ker???

Potong kek bagi kawan2 kawan makan......emmm..nyami..nyami.........

Sunday, June 7, 2009

"Selamat Hari Lahir Ikmal Khairi"

HAPPY BIRTHDAY TO YOU....HAPPY BIRTHDAY TO YOU ...HAPPY BIRTHDAY TO IKMAL KHAIRI...HAPPY BIRTHDAY TO YOU.......................

Pada 2 Mei 2009 yang lalu..Ikmal Khairi telah menyambut hari lahirnya yang ke 3 Tahun...' Happy Birthday To Ikmal Khairi". Kami telah tempah 2 kek utk Khairi..satu untuk sambutan kat sekolah taskanya dan satu lagi disebelah malam untuk keluarga shj.
Sebelumtu kami telah pergi mengambil Fikri kat sekolah Takfiz dulu utk bersama sama meraikan Khairi.... Aku mula2 ingat nak buat pulut kuning tapi tak sempat...so kami cuma beli ais krim dan bungkuskan hamper makanan kecik2 utk kawan2 Khairi.....maklumlah dah ada baby kecilni tak sempat jer nak buat keje...Kami semua bersama-sama menyanyikan lagu Birthday to you pada Khairi...sekarangni lagutu dah jadi lagu kegemaran Khairi....
Birthday Boy rasa kek dulu sebelum kawan2 nya................emmm......nyami...nyami...........Suasana semasa majlis hari jadi Khairi berlangsung...cuma acara makan aiskrim ditunda ke tengah hari sbb kamipun kejap ajer kat sini...Fikri nak kena pergi sekolah plak utk kelas smart reader....
HAPPY BIRTHDAY TO YOU....HAPPY BIRTHDAY TO YOU ...HAPPY BIRTHDAY TO IKMAL KHAIRI...HAPPY BIRTHDAY TO YOU.......................Kek birthday Khairi untuk majlis di sebelah malam..kecil sikit 1/2 kilo jer..cukuplah utk 4 org..Fikri & Khairi teruja tengok kek....emmmm acara makan yg ditunggu tunggu.....Selain kek..kami juga makan makanan kegemaran Khairi & fIKRI ....KFC.............Harini genaplah usia Ikmal Khairi ...3 Tahun..

Thursday, May 7, 2009

HARI KELUARGA JMSK

Sebenarnya Hari Keluarga JMSKNI dah berlalu pada penghujung Februari lalu tapi barulah nak post lani....
Tak ingat sangat nama pysat peranginantu tapi kat pantai di Lundu Sarawak. Ni kira first timelah gi Lundu. Perjalanan kira-kira 1 Jam 30 minit melalui jalan darat...Ikut sungaipun boleh naik ferri cam pi Pulau Pinangtu tapi tak pernah trylah...Sampai kat situ singgah kat kedai makan ...emmm yammy2 masak udang galahnya sedap tau...hargapun berpatutan...jomlah ke Lundu...Dah sampai Chelet..budak2 tak sabar2 nak gi kolam renang...Kami tinggal kat Chelet sbb lebih sesuai dengan status family..yg bujang2tu tinggal kat bilik hotel...Kadar sewa kat cheletni boleh tahanlah RM210 semalam....
Aktiviti hari keluarga...ayahnya lari atas batu bata...Fikri pula kutip gula2 dalam tepung dan isi air laut dalam botol guna tangan...Sebenarnya..Fikri yg paling banyak acara....satu lagi muzikal chair sebelah mlm tapi tak de gambar plak...Fikri dapat nombor 2....
Yangni satu-satunya acara g disertai Khairi...iaitu acara makam aiskrim ..tapi yg tak bestnya..Khairi banyak penyokong so..dia malu2 pulak nak makan...so kalahlah acarani walaupun berpotensi nak menang....

Bergambar depan padang kat Hotel Resolttu...............Macam kat tepi pantaikan...
Saat-saat mengembirakan...........yg baju merahtu pada sebelah malam...

Saturday, April 25, 2009

HARI KIAMAT MENURUT PANDANGAN BUDAK2

Post yangni memang special....khas untuk gambar yg kat atastu ajer. Actually, balik dari sekolah hari khamis yang lepas, Fikri asyik citer pasal hari Kiamat jer kat aku ngan husbands. Akupun dengarjelah citer budak2 kat sekolah...pastu malamtu dia sibuk melukis..biasanya Fikri tak bape suka melukis, kalau lukispun asyik lukis kapal terbang aje tapi malamtu lukisannya agak berbeza...cam kat atastu.. lepas lukis dia citer yang lukisantu ada dua bahagian....kat bawah keadaan org lidi sebelum Kiamat dan kat bahagian atas pada hari Kiamat nanti semua org berpecah.....so scary...............Esoktu dia dah lupa..tak cakap lagi pasal hari Kiamat..so...Orrenpun ambillah gambar lukisan Fikrini untuk kenangan dan juga peringatan yg budak2pun dah paham apa itu hari Kiamat.....so don't under estimate budak2 tau.............

WAJAH-WAJAH CERIA...........

Fikri dapat keputusan exam penggal pertama sekolah tadikanya minggu lepas...biasalah budak2 bukannya suspendpun aku ngan ayahnyerjer yang lebih2 nervous nak tengok results Fikri......

Resultsnya not badlah...actually GOOD start for Fikri..., walaupun dapat nombor 7 dari 11 tapi yg tu tak penting, yang pentingnya markah bagi setiap subjek. Fikri dapat full mark untuk semua subjek kecuali fardu ain 9/10, bahasa inggeris 8/10 dan bahasa arab 5/10. Camnalah nak tolong ajar Fikri bahasa arabni akupun tak reti...hee...hee...


Agak-agaknya muka sapalah yang paling serupa dengan ayahnya...emmm..... sape yer......

TRIO mantap dimasa hadapan...InsyaAllah........



Wednesday, April 8, 2009

Muhammad Afiq Ihsan

Hari yang dijanjikanpun tiba...pada 17 Mac 2009, aku bangun pagi buat nasi goreng jam dan makan jam 7.30pg seterusnya bertolak ke Timberland Medical Cntre pada jam 9.00pg. Setibanya di situ aku dijadualkan menjalani pembedahan pada kira2 jam 11.30pg dgn Dr. Patricia Lim....Perasaan aku sebenarnya tak der perasaan ...rileks jer sbb aku cam malas nak pikir... Gembiratu adalah juga sbb nak dapat baby.... Aku cuma berperasaan sikit pitam bila tengok bill yg nak kena bagi down payment kat hospital tu..RM4000.00 banyaktu...sebulan gaji...Ni kira duit kedua terbanyak yg kena bg selonggok selepas bagi downpayment untuk kereta Avanza 3 tahun lepas...cuma kalini pakai kat kredit...yg ketetu pakai cek....Tapi apalah ada nilai pada duit berbanding dengan kesihatan kita betultak????


Ni gambar aku ngan mak kat klinik dr Patricia sebelum masul wad. Gambar firkritu actually duduk depan katil aku dlm wad, masatu dah pakai baju nak gi operation room. Taklehlah tunjuk sbb nampak cam org sakit plak..tak comel gitu...


Gambar2 pertama Muhammad Afiq Ihsan di Hospital.......


Muhammad Afiq Ihsan bersama Umi


Muhammad Afiq Ihsan bersama Ayah.....


Aku tinggal di situ selama 3 hari 2 malam. Sebenarnya hari kedua aku dah nak balik ttp baby perlu pemantauan lagi satu hari so...hari ketiga baru boleh balik...Inilah kali kedua aku naik kerusi roda..rasa macam oku lah pulak ...bukannya aku tak leh jln tapi dah ada kemudahan buat apa nak susah2kan diri jalan pelan2 sbb akukan masih sakit...so.. kenalah layan macam org yang sakit....

Kehadiran Muhammad Afiq Ihsan disambut gembira oleh abang2 nya....


Yangni aksi yang perlu dielakkan....

Tok Wan bersama Afiq di rumah...

Tok Wan dan Opah dgn ditemani Fikri dan Khairi ke Serikin membeli belah

Ke pasar tamu, water front dan beli kek...



Tok Wan dan Opah balik pada 1 April 2009, flight jam 6.50 ptg.....Terima kasih pada Emak kerana menjaga budak2tu semasa Orren di hospital dan juga semasa dirumah...Lepastu Orren jaga diri sendirilah pulak...

Gambar terbaru Muhammad Afiq Ihsan setelah bercukur rambut.....

Tuesday, March 10, 2009

TAKDIR......

Dah lama tak menulis...tak tau nak tulis cam mana....

Sebenarnya banyak peristiwa berlaku pada kita tanpa kita rancang atau pun dengan lebih tepat lagi TAKDIR lah semuanyatu.....

1) Sepatutnya aku berada di Hospital harini plan for surgery tapi aku ada kat pejabat pulak...siap tulis blog lagi....Semalam dr dari GH telefon tanya kenapa aku tak masuk hospital...aku cakap aku tak nak ikut plan DR sbb aku rasa belum masanya lagi aku sepatutnya melahirkan babyku....COZ?
i) Due date aku sepatutnya : 20/03/09 .............. nurse & dr kira
: 22/03/09 .............. aku kira sendiri......cam dr plak
: 24/03/09 .............. scan kira
mengikut pengalaman aku sebelum2nipun aku tak rasa nak bersalin lagi selepas melepasi semua kiraan-kiraan due datetu....so tak de sebab aku nak plan for surgery awal 2 minggu ...DR is not always right!!! Camna pun aku dah buat temujanji dgn Hospital Timbeland on 17hb ni utk melahirkan baby kat sana...itupun depend on me...kalau aku nak ubah tarikhtu...Of cozlah bila kita bayar semuanya more easier for us.....
ii) Esok (11/03/09) ada PTK... aku tak lepas lagi paper UMUM...rugilah aku tak ambik
examni walaupun tak tentu lulus lagi...okey tak alasantu??? he..he...
iii) Hari ahadni (15/03/09)aku ada kelas kat OUM, tutorial akhir...aku tak dapat cari tutor
ganti dan rasa bersalah pulak kat students kalau tak dapat gi ngajar sbb aku dah ambil
jobtu....(munasabahkan alasan tu... )
iv) Menurut jurnal perubatan yang aku baca kat internet (of coz lah )...masa yang
sebaik2nya melahirkan anak tak kira cara apapun adalah dari 39 minggu ke 40
mingggu ...walaupun dr cadangkan kat aku 38 minggu sbb dikhuatiri sistem pernafasan
baby masih belum matang lagi .....

So....selepas diambil kira semua alasan2tu aku dengan rela hatinya tak admit ke GH...lagipun aku tak nak memeningkan kepala dengan desakkan2 dari DR yg suruh ikatlah ...risiko tinggilah kalau tak ikat dan mcm2 lagi....emmm nasib baiklah akuni berpelajaran juga...so Dr taklehlah simplyfy cakap mcm2 ngan aku .......lagipun dah ALLAH nak bagi rezeki aku kesihatan yang baik dan tak ada apa2 masalah sepanjang kehamilan ini so..aku tak akan ikatlah......

2) Aku dapat rasakan takdir aku mungkin akan tinggal kat Sarawakni untuk 1 atau 2 atau 3 tahun atau lebih lagi ......tak dapat dijangkakan buat masani....COZ?
i) Aku suka kerja kat sini..dan aku rasakan masa depan aku lebih baik bersama
JKPK.....why???
ii) Aku dah tersenarai sebagai salah seorang penggubal kurikulum kursus SPE... satu kredit
yg baiklah for future prospek.
iii) Aku bakal membusykan diriku selepas bulan Julai ini yang aku tak pasti sama ada ini
semua rezeki atau aku bakal pengsan lepasni....
Sbb;
1) Aku kena ambil tahu semua lab yang ada kat JKPKni sbb mulai Julai tahunni usahasama
dgn UiTM akan berjalan...bermaksud aku akan turut mengajar lab pada student UiTM
setiap hari Sabtu........hari ahad mengajar kat OUM plak.... so bila masa aku nak cutini......
2) Fikri darjah 1 tahun depan...kalau Fikri lulus ujian kemasukkan ke sekolah
agama...bermaksud aku and family kena pindah rumah....so dah pindah rumah.....berat
lagilah nak pindah balik....( logikkan alasantu )

Tapi cammanapun itu semua hanya jangkaan apa yang akan berlaku saja pada aku starting bulan julai ini....so...mungkin akan ada perubahan..siapa tahu......