Kos ke Pulau Manukan agak mahal jugalah sbb perjalannan tak jauh dlm 15 minit je tapi mungkin disebabkan harga minyak yg naik sblm kami gi Sabah menyebabkan caj bot tu meningkat. Tambang dewasa rm45 (pergi balik), kanak rm 2 4 -12 thn 1/2 harga, bwh 4 thn tak de caj. Kos semuanya rm 105#. Van dari agensi pelancongan dtg ambil kami dlm kul 8.30pg, jadi kami gi sarapan kat kedai mamak berhampiram sblm pergi dan bungkus makanan tgh hari untuk dibawa ke Pulau tersebut. Menurut pihak hotel, kat situ harga makanan mahal sbb ada ramai pelancong luar....so tak berbaloilah klu nak beli kat situ......Dah sampai dijeti.., rasanya kat Tanjung Aru Resort,tikar dan jeket keselamatan diberi, snorkel saja yg kami sewa rm10.00...Berdebar - debar je rasa nak gi naik botni...so excited...;0..
Syoknya berenang...., Fikri sibuk main, Khairi langsung tak boleh kena pasir .. geli kot..ayahnya bergaya pergi snorkling............
Budak2 suka jer main air. Aku ngan hubby gilir-gilir gi snorkling .... Yang bestya kat sini bila snorkling, boleh nampak ikan ngan batu karang mcm kat tv tu...aku bawa kek pisang letak kat tgn sikit utk bagi mkn ikan sambil snorkling.., ikan2 dtg mkn tapi geli pulak sbb rasa kena gigit dgn ikan kat hujung2 jari...., selain ikan, batu karang, tapak sulaiman aku juga jumpa banyak timun laut...tak berani pegang tgk je....Ada pelancong yg pergi lebih jauh ke tgh, aku tak berani walaupun pakai life jacket sbb tak nak bagi keje kat life guardtu... Husband aku pergi jauh ke tengah sikitlah.....Kesimpulannya aku rasa mcm berada dlm akuarium je.. pengalaman yg tak dapat di mana2......
Kami kat sini sampai kul 3.30ptg, tempat mandi dan salin pakaian disedaiakan , selepas mandi dan salin baju kami balik ke jeti, bot sampai dlm kul 4.10 , Khairi tertidur keletihan...., fikri bnyk lagi energy...
Hasil2 laut yg dijual dipasar hasil laut sebelah pasar pilifin, yg warna putih kat atastu ubi kayu yg dibuat camtu utk buat kuih kata makcik yg jualtu....
Kami mkn ditempat yg sama mcm semalam tapi gerai lain pulak.... Ada kawan cakap selepas kami balik bercuti dari Sabah, kat sini makanannya kurang bersih...so sapa2 makan boleh sakit perut..tapi alhamdullillah...kami tak mengalamipun semua tu...tak taulah kebenarannya sbb ikan, sotong, udang yg ada dlm bekas yg belum dimasaktu nampak bersih je..sbb tempat bakar kat situ juga. For me...kalau dah namanya makan kat luartu...nasib je lah....tak kiralah mkn kat manapun..., kat sini org ramai jer.....dah mkn kamipun balik ke kg air beli baju baru utk budak2tu...pastu Khairi terseliuh tgn sbb nak lari tapi tgn dipegang...so balik hotel sajalah lepastu....
Ikuti episod seterusnya bagaimana tangan Khairi boleh sembuh sepenuhnya keesokkan hari.......