Friday, August 22, 2008

Shopping Mania..........

Sehari duani asyik nak shopping jer...sejak lepas ambik PTK pada hari khamis (21/08/08), bukannya sebab nak meraikan habis PTK tapi disebabkan keperluan dan penghujung cuti sebelum bulan posa......

Lepasje PTK ...mkn dan sembahyang, kami gi ke jln masjid India kat Kuchinglah utk gi beli kain tok. Tanpa budak2ni yg telah diswastakan kepada pengasuh masing2, aktiviti shopping berjalan dgn begitu lancar. Aku beli 3 pasang kain, 2 motif Sarawak dan 1 motif bunga-bungaan.....Kat bawahni close up kain2 tok.


Kain corak tradisional Sarawak Corak orang Ulu. Sebenarnya ada benang emas kat tepi corak2tu tapi tak nampak pula. Aku beli kat kedai Fabriko ,kedaini mmg terkenal dgn pelbagai corak motif Sarawak, pelancong2 , Sultan, menteri2pun pernah datang beli kat sini. Coraknya agak eksklusif dan takde di kedai2 lain..Ader yg murah dan yang mahal. Macam yg aku belini RM16.00 semeter after diskaun..Kain corakni paling glamer kat Sarawak, alas mejapun banyak corak camni..tapi dipanggil Pua kumbu...jenis kainnya lainlah siket. Actually kalau Saira bacani dia mesti boring sikit sbb dia pun beli kain corak camni juga tapi warna merah, aku chose warna oren coz my favourite colour(rm 15.00 semeter after discount). Saira kata after dia balik M'sia baru nak buat baju. For me after that day old fasyen already but the good news is corak puani takde outdated...classic desingn only from Sarawak ...........

Actullynya aku tertarik dgn corak bunga2 kat kainni nampak cam lukisan....full of colour dan sungguh harmoni sekali....that why aku beli . Kain corak Pua dan bunga2 tok kamek beli kat kedai Jasmin juga di jln Masjid India......

Semua kain2tu bukannya utk hari raya. Kain baju raya dah dibeli 2 bulan dulu dan dijangka siap hujung bulanni...Kain2ni utk keperluan bulan2 yg aku tak dapat lg nak pakai baju kurung......sebab aper yer????

Pastu kami pi kedai elektrik plak utk beli DVD player yg baru sbb yg lama telah dirosakkan oleh budak2ni.............takperlah slps 5thn 1/2 .......

Kami beli brand AKIRA dgn harga rm 138.00. Kami beli brandni sbb promoted by promoter kat kedaitu. Menurut promotertu klu beli yg branded cd cokia (paham2 jer lah...) tak dapat main. Mana nak dapat DVD player camni ada fungsi karaoke & USB , boleh main semua cd dan dvd dgn harga cam tok + ada jaminan setahun plaktu. Cammanapun jenamani kira ok jugalah for us sbb tv kamipun brand AKIRA juga since 5thn 1/2 dan masih lg ok....

Shopping Baju Raya.................

Cian kat budak2ni + cuti poli dah nak habis, ptg jumaat tadi kami gi lah beli baju2 utk hari raya yg akan menjelang....Budak2 biasalah mainjer yg lebih....

Aksi2 dlm bilik persalinan..............

Baju2 yg sempat dibeli...... yg kat atastu baju Khairi dan kat bawahnya baju Fikri. Seluar tak sempat nak beli sbb keadaan dah jadi tak terkawal...pospone besok...Actually baju yg belang2tu jenama KIKO dan T-Shirt tu jenama Lady Bird, semuanya discount sbb tgh ada mega sale skrgni. Yang tak bestnya( for me je lah) aku tak bape berkenan dgn baju Lady Birdtu sbb tak bape ceria colournya tapi Fikri yg beriaia nak bajutu sbb ada gambar kapal. So ikut kata Fikri dan nak bagi sama dgn Khairi aku beli jugalah. Ok jugalah kan...........

Pastu sebelum balik kami makan dulu kat restoran Rasamas. Ni kali kedua aku & family makan kat situ ..rasanya taklah bape sedap tapi memandangkan takde bayak pilihan yg ada logo halal kamipun makan jerlah....Kat sini bayak restoran tapi susah nak jumpa yg ada logo halal jakim....emmm dah biasa dah camtu................

Sedapnya Makan Jagung Rebus.......

Petang Rabu yang lalu aku teringin nak makan jagung bila jln2 gi pasar kat Matang petang tok, akupun pi beli...tak pastilah mahal ke murah tapi rasanya kat semenanjung mungkin lebih murah, 4 tongkol RM3 ringgit. Tak kisahlah yg penting aku & family nak makan..... Kat sini wajah2 bebudak tgh makan jagung rebus yg sedap & manis itew...tak de secret ingredient jus rebus + garam.....

Emmm.......... sodapnya..................

Dah makan kenalah buat keje sikit, basuh dan lap kipas...........mainan kat belakangtu lepasni kena kemas.....Camtulah bebudak kenalah rajin2 disuruh dari kecik supaya besar nanti boleh tolong buat keje rumah.....

Tuesday, August 19, 2008

MERDEKA SPIRIT (Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 51)

Budak2 memang bersemangat bila ada orang jual bendera...Fikri siap beli bagi kat teacher dia untuk gantung kat pagar sekolah.... Camtulah semangat MERDEKA bagi seorang kanak2. Orang dewasa camna pulak????

Semangat kemerdekaan ditunjukkan dari dalam rumah lagi......

kenderaan rasmi Khairi dirumah dihiasi dengan bendera Malaysia

Semangat Kemerdekaan ditunjukkan dari dalam kereta.............

Pemandangan sebelum larian Merdeka dimulakan..................


Kibaran jalur Gemilang dengan penuh semangat kemerdekaan......

Anak-anak MERDEKA bakal pemimpin masa depan........

Pengertian MERDEKA semasa cuti sekolah.............MERDEKA!!!MERDEKA!!!!MERDEKA!!!!!

Thursday, August 14, 2008

Cara Membuat DONAT yang Sedap!!!!!

Dah lama nak tulisni...baruje harini dapat semangat......,

Nak citer sikit, ari Ahadtu(10/08/08) aku buat donat utk makan petang for my family, so apalagi bebudaktu so excitedlah nak tolong........, kat sini aku tunjukkan rentetan proses membuat donat yg sedap itew.......
Dimulakan dengan menguli doh...................

Mencanai dan menerap....................

Quality Inspection by Akmal Fikri........

Proses merasa kesedapan donat yang telah disediakan............

Close Up Donat yang sempat diselamatkan.......

Sunday, August 10, 2008

Terkejut Beruk!!!!

Semalam hari yang indah seperti selalu....petang selepas hantar Fikri ke sekolah ITS, aku ngan husband decide nak gi jln2 kat Kmdar bawa Khairi tapi tak jumla plak, so kami pun pusing balik gi ke The Spring. Khairi suka sangat jln pun lompat2, tergedik2 tersengeh2 cam ramai peminat pulak, yelah badan cubby camtu mmg org suka tgk. Kat The Spring tu kami sajaje jln2 pastu tgk ada even pertandingan mencari Iron Man, kes angkat berat sapa lg kuat. Aku nak gi beli sandle baru sbb sandal yg aku pakaini dah haus. Sebenarnya sandleni aku baruje beli bln 6 aritu sblm gi Sabah tapi dah rosak. Tak taulah pasal apa, akuni pakai ganas sgt ke atau sandle jenama b@*^ tu mmg tak berkualiti. I think sandle tu mmg tak de kualiti. So sblm gi beli sandal, layan dululah Khairi nak beli apa. Jln2 kat kawasan comforter, bantal dsbnya, Khairi nak bantal peluk, tak nak lepas...cam best sgt plak bantaltu...So kamipun belilah satu ....
Lepas layan Khairi akupun gilah beli sandal . Okey jugalah sesuailah dgn keadaan aku lani walaupunaku tak pakai dah fesyen camni kalau keaadaan biasa. Harga sandal ni rm 59.90 -best buy jenama crocodile .


Pastu Khairi asyik ngamuk je , aku rasa dia lapar kot, so kamipun gilah secret resepi makan kek. Seronok sgt Khiri makan tak sempat plak nak ambik gambar. Khairi makan satu potong kek tu sorang2 je..........
Lepastu kamipi surau, sembahyang asar dan ambik Fikri. Fikri balik jam 6.30 ptg. Aku pulak teringin nak mkn kuewtiaw goreng kerang. So kamipun gilah Samaring Food Court sbb aritu dah beli kat sana cam sedap jugak. Akulah gi beli, ayah ngan budak2 tu tunggu dlm keteje sbb beli bungkus. Aku gi beli sate kajang version Sarawak sbb Fikri suka, dan of course kuewtiaw goreng kerangtu harga rm4.00.

Selepastulah masa aku nak masuk kete aku nampak Khairi main kat belakang kete ngan Fikri...dahlah keadaan agak gelap sbb tak de elektrik, aku cam nampak tak nampak je Khairi buat apa. Bila aku duduk je Fikri cakap Khairi makan gula2 jumpa. Aku pun heran juga, mana ada gula2 kat keteni, akupun belek tengok kat tangan dia pastu terkejut Beruk aku tgk yg Khairi mkn SILICA GEL yg ada dlm kotak kasut akutu. Dgn segera akupun korek2 mulut dia, ayahnya pun barulah tersedar apa berlaku, dtg tgk tlg jolok mulut Khairi bagi dia muntah...so Khairi muntah 2 kali keluarlah kek coklat yg dia makan tadi. Sungguh terkejut aku, timenilah Fikri kena marah sbb biarje Khairi mkn camtu...tapi budak2 apa yg kita boleh harapkan .


Lepastu kamipun balik rumah.., tgk Khairi okeyje , rasanya dia tak sempat telan lagi cuma gigit2 je silicatu. Aku search kat internet, tak taulah tapi menurut maklumat yg aku dapat ia tidak menyebabkan keracunan sbb tak dapat diserap....nanti aku study lagi,.....

Monday, August 4, 2008

Hari Keempat Ke Kundasang(1 Julai 2008)

Lama plak nak sambung citer hari keempatni...

Sebelumtu aku nak citer pasal semalam aku and family pergi PC Fair kat Taman Kereta Kuching. Punyalah sesak sbb semalampun ada pesta Reggata juga di water front.. Kat PC Fairtu aku cuma beli earphone ngan mouseje ...nak juga tgk labtop tapi belum sampai seru...

Okey kita sambung pasal Ke Kundasangni..........
Pemandangan sekitar Kinabalu Park. Kat sini dah rasa sejuk sbb kat kaki gunung. Kami naik kereta pergi ke kawasan orang mendaki..kiranya check point pertamalah.....
Kawasannipun dah kira tinggi sbb berkabus-kabus...org yg tak mendaki berhenti kat perhentianni saja..ambik2 gambar sambil melihat pemandangan sekeliling...
Tengoktu berkabus-kabus cam kat oversea plak....kat bawahtu ada org mula nak mendaki atau dah turun tak surelah pulak sbb tak tanya...

Perjalanan diteruskan ke Kundasang, pasar tani di kawasan kaki gunung Kinabalu...sayur, buah dan bunga-bungaan kat sini fresh dan agak murah dari luar......Aku beli sikitjelah sbb bukannya boleh tahan lama sangat...tupun dekat sebulan baru habis kobis kat rumah akutu....Yang bestnya kami beli strawberi fresh dari kaki gunung...sedap tau manis tak sama dgn yg kat pasarayatu............satu kotak cam kat gambartu rm5 ringgit...

Pastu perjalanan diteruskan lagi ke destinasi seterusnya iaitu ke Air Panas Poring, kira2 dlm 30 minit lagi..... Perjalanan yang bersemangat sbb nak mandi air panas......tapi kena naik jambatan gantung merentasi sungai sblm sampai kat kawasan air panastu....budak2ni tak takut plak, jgn tgk bawahje pandang belakang tak pe....

Sekitar kawasan air panas....berasap-asap punca airnya....

Budak-budak ngan mak budakpun suka mandi-manda kat sini...Sini ada kolam kecik2 utk mandi personal, kalam terbuka, kolam tertutup dan tempat rendam kaki... Aku pilih kolam terbuka sbb taklah ramai org sangat sbb bukannya time cuti sekolah.....Budak2ni kolam persendirian sbb air panasnya boleh dicampur dgn air gunung utk ejas kepanas airtu dan senang nak kawallah bebudakni....
Dah mandi nak bersiap balik plak...Dalam perjalanan balik, nasib kami agak baik sbb dapat lihat puncak gunung Kinabalu, biasanya diliputi kabus ttp time kami lalutu kabusnyapun berlalu juga. Aku ambik gambar dari dalam kete tu yang tak bape jelas, tapi bolehlah nampak juga. Kami bertolak balik jam 4.30ptg tupun selepas singgah pasar kundasang dan masjid keadaan mulai gelap dan berkabus walaupun jam baruje kul 5.00ptg. Suspend jugalah sbb menuruni kawasan pergunungan. Disepanjang perjalanan kami dapt lihat 2 biji kereta terbabas dan terpaksa di tarik......Menuruni gunung bukanlah debaran yang paling mendebarkan buat kami ttp minyak kete yang dah merah tanpa dijangkakantu yg paling ngeri....rasa cam nak pengsan. Nasib baik budak2ni tidur, so aku ngan husband decide tutup econ dan buat pemanduann berhemah iaitu tekan minyak perlaha je dan time turun bukit tak tekan minyak. Kami punyalah risau sbb keadaan gelap dan tak de stesen minyak yg berdekatan. Tapi alhamdulilah, akhirnya kami berjaya juga sampai di pekan Tamparuli tanpa ketetu mati tgh jalan. Rasa-rasanya memang nasibjelah kamini.... So beringatlah lain kali isi minyak biar lebih sikit.............. Sebelum balik ke hotel kami singgah di Politeknik Kota Kinabalu jumpa kawan kami masa sama-sama belajar kat ITTHO dulu......nanti gambar aku akan upload...........